....
Wednesday, 14 December 2011
Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, binatang, benda, dan tempat secara am atau umum.
1. Benda : permaidani, tongkat, tikar, langsir, kotak, komik, biskut, roti, gelas, pinggan, piring, tempayan, botol, sangkar, selipar, kalendar
Ayat Contoh
1. Almari itu berpintu dua.
2. Kipas itu berpusing ligat.
3. Ayah membeli dua buah komputer baru.
2. Haiwan : monyet, bangau, siamang, landak, ular, serigala, singa, cacing, siput, jengking, kijang, seladang, pelanduk, tenuk
Ayat Contoh
1. Burung itu terbang tinggi di udara.
2 . Pak Lebai membeli dua ekor lembu jantan.
3 . Leher zirafah itu panjang sekali.
3. Manusia : penghulu, pekebun, wanita, pelajar, jurubina, pensyarah, emak, adik, tukang masak, penyelia, juruwang, wartawan, pengarah, seniman, pengetua
Ayat Contoh
1. Wanita itu paling dikehendaki oleh polis.
2. Adiknya bekerja sebagai seorang juruteknik.
3. Ibunya jarang menjenguknya di asrama.
4. Tempat : bank, klinik, perpustakaan, asrama, hospital, plaza tol, pawagam, kafe taman bunga, pasar malam, pam minyak, pejabat, bengkel, restoran, universiti, maktab
Ayat Contoh
1. Mereka sering berkelah di pantai itu.
2. Orang ramai berkumpul di balai raya itu.
3. Kita digalakkan menyimpan wang di bank.
A. Dalam penulisan, kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada pangkal katanya.
Contoh:
1. Encik Wong membeli sebuah kereta baru.
B. Kata nama am hanya ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya apabila digunakan pada permulaan ayat atau memulakan ayat cakap ajuk.
Contoh:
1. Masjid itu baru siap dibina.
2. “Ayam jantan saya berkokok pada setiap pagi,” kata Salman.
Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, haiwan, benda dan tempat yang tertentu atau khas
1. BENDA
Contoh : Perodua Kelisa, Colgate, Nissan Sentra, Polo, Bata, Utusan Malaysia, Salem, Reebok, Pensonik, Guess
Contoh Ayat:
1.Encik Ali memandu kereta Proton Perdana.
2. Abang memakai seluar jean berjenama Levis.
3. Adidas merupakan jenama aksesori sukan yang terkenal di Malaysia
2. HAIWAN
Contoh : Sang Belang, Si Tompok, Si Comel, Sang Bedal, Bujang Senang, Raja Rimba, Putih,
Contoh Ayat :
1. Anak kucing kesayangan adik saya bernama Si Comel.
2. Singa juga dikenali sebagai Raja Rimba.
3. pada waktu siang Si Belang tidur dengan lena sekali.
3. MANUSIA
Contoh : Ali, Fatimah, Jasmin. Dalip Singh, Sameoon, Obama, Diana
Contoh Ayat:
1. Zaki lulus dengan cemerlang dalam ujian memandu yang didudukkinya semalam.
2. Wak Jeman berasal dari negara Indonesia.
3. Jamal jarang datang ke sekolah.
4. TEMPAT
Contoh : Tanjung Pagar, Langkawi, Pasar Pudu, Stadium Nasional, Batu Pahat Mall, Malaysia, Johor.
Contoh Ayat :
1. Ibu saya bekerja sebagai akauntan di Bank Negara.
2. Saya dan keluarga bercuti di Langkawi selama seminggu.
3. Pahang merupakan negara yang terbesar di Semenanjung Malaysia.
Sunday, 4 December 2011
Pantun teka-teki
Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.
Jawapan: Baju Hujan
Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?
Jawapan: Buah Hati
Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?
Jawapan: Buah Melaka
Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.
Jawapan: Bintang
Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?
Jawapan: Kasut Bertali
Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?
Jawapan: Ular Dan Katak
Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?
Jawapan: Lemang
Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi.
Jawapan: Belon
Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun.
Jawapan : Payung
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.
Jawapan: Baju Hujan
Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?
Jawapan: Buah Hati
Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?
Jawapan: Buah Melaka
Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.
Jawapan: Bintang
Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?
Jawapan: Kasut Bertali
Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?
Jawapan: Ular Dan Katak
Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?
Jawapan: Lemang
Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi.
Jawapan: Belon
Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun.
Jawapan : Payung
Friday, 2 December 2011
CONTOH RPH
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU
TAHUN : 1 AMIN
BILANGAN PELAJAR : 30 ORANG
TARIKH : 9.11.2011
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 8.30 PAGI
TEMA : MARI BERTANI
TAJUK : BUAH-BUAHAN
FOKUS UTAMA :
2.2 Membaca dan memahami perkataan, rasa dan ayat
daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
2.2.3 Membaca dan memahami ayat tunggal daripada pelbagai
bahan bacaan dengan sebutan yang betul
3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan
betul
3.3.2 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi
diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan
bergabung dengan betul
HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pengajaran , murid dapat :
1. Membaca lima ayat tunggal daripada pelbagai bahan
bacaan dengan sebutan yang betul.
2. Membina dan menulis lima perkataan dengan betul
PENGISIAN KOKURIKULUM : i. Ilmu : Sains, Muzik dan kesihatan
ii. KBT : Belajar Cara Belajar - Kontekstual
SISTEM BAHASA : Tatabahasa : kata nama am, kata adjektif
MEDIA : Bahan maujud, kad gambar, CD lagu, video
MASA | AKTIVITI | PENGISIAN KURIKULUM | CATATAN |
Induksi Set 5 minit | 1. Guru menunjukkan sebuah bakul 2. Guru memberi klu 3. Guru meminta murid meneka isi kandungan yang terdapat di dalam bakul 4. Murid yang betul meneka diberi Ganjaran | | Kotak |
Langkah 1 5 minit | 1.Guru menunjukkan gambar buah-buahan 2 .Guru meminta murid meneka dan mengeja nama buah- buahan yang ditunjukkan 3.Murid menulis perkataan nama buah-buahan di papan putih berdasarkan gambar yang dipaparkan. 4. Murid mengeja beramai-ramai. | KBT : Kontekstual Kajian Masa Depan Fasa imaginasi Fasa tindakan Keusahawanan Nilai: Bersyukur, rajin Ilmu : Kesihatan | Kad perkataan Kad gambar - Mata kucing - Laici - Nona - Limau bali - Delima |
Langkah 2 7 minit | 1. Guru membaca petikan pendek tentang buah-buahan 2. Murid membaca petikan secara kelas 3. Murid membaca secara individu dan rakan lain menyemak 4. Guru dan murid bersoaljawab tentang petikan yang dibaca. | Sistem Bahasa: -Kata nama am -Kata adjektif | Petikan cerita - lampiran |
Langkah 4 10 minit | 1. Muird mendengar arahan guru 2. Murid memadankan gambar yang betul berdasarkan gambar. 3. Murid mewarnakan gambar | KBT : Kontekstual Ilmu: Kesihatan | Lembaran kerja |
Penutup 3 minit | 1. Murid membaca seni kata lagu secara kelas. 2. Murid menyanyi mengikut rentak seni kata lagu ‘ Buah-buahan’ mengikut visual yang dipaparkan. | KBT : Kontekstual Ilmu: Muzik | Lampiran 1 Senikata lagu |
| Pentaksiran 1. Murid membaca kata nama am dan kata adjektif yang terdapat dalam petikan. | Sistem Bahasa: -Kata nama am -Kata adjektif | |
| Pemulihan 1. Murid membaca kad perkataan berdasarkan gambar. 2. Murid memadankan gambar dengan perkataan . | Kad perkataan Kad gambar |
Thursday, 24 November 2011
Tuesday, 22 November 2011
BACAAN AWAL MURID-MUIRD TAHUN 1
Ini cawan.
Ini cawan kaca.
Cawan ini cantikItu awan.
Itu awan putih.
Awan putih berarak lajuIni rotan.
Ini rotan hutan.
Rotan berwarna coklat
Ini rambutan.
Ini rambutan merah.
Rambutan ini rasanya manisIni cendawan.
Ini cendawan busut.
Cendawan busut enak rasanya
Subscribe to:
Posts (Atom)