JOM JENGUK BLOG SAYA

Monday 31 October 2011

ketika saya sedang mencari bahan-bahan di internet ntah macam mana terpandang lak akan buku ini..Di manakah boleh saya dapatkan buku ini ? Rasanya ia amat bagus dan berguna untuk saya memperbaiki struktur tatabahasa saya dan dapat saya gunakan sebagai bahan rujukan untuk p & p saya di sekolah...

penjodoh bilangan untuk murid-murid tahun 2

latihan yang sesuai untuk murid-murid tahap 1

Wednesday 26 October 2011

SEKADAR RENUNGAN BUAT RAKAN-RAKAN GURU


Ciri Guru berkesan dan tidak

Berikut adalah dapatan satu kajian mengenai persepsi murid terhadap guru. Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri dan meletakkan kita didalam kelompok mana.


Ciri guru yang dianggap sebagai berkesan:

  1. Guru mengajar sangat jelas.
  2. Sangat tegas, betul, tidak lewat masuk.
  3. Rajin, mudah difahami.
  4. Mengajar bersungguh-sungguh.
  5. Berdisiplin, masuk awal, teknik pengajarannya berkesan dan hadir ke kelas tepat pada masanya.
  6. Murid belajar dengan gembira, tidak tertidur. Guru yang sangat baik dan prihatin, mereka tidak duduk atau baca buku.
  7. Suka buat lawak, tulisan guru terang, mengajar dengan penuh semangat ingin menolong.
  8. Memberi hukuman yang adil, seronok kerana dia mengajar cepat faham.
  9. Suka menyemak buku, tidak sombong.
  10. Kerana dia tidak malas, kalau orang tak reti membuat kerja, dia tunjukkan.


Faktor guru dinilai rendah

  1. Jarang masuk kelas, garang, malas dan mengajar sedikit.
  2. Tidak mengajar dengan betul.
  3. Selalu tak masuk kelas.
  4. Susah hendak faham.
  5. Sekali-sekala masuk kelas dan pelajaran kami ketinggalan.
  6. Kurang mengajar dan suka marah.
  7. Tidak PJK? (Perut jauh ke depan?)
  8. Guru garang suka luku kepala orang.
  9. Saya tidak suka cikgu yang lembut.
  10. Beri kerja rumah hari-hari sampai tak sempat nak buat.
  11. Menyuruh orang balik kalau orang itu tidak bawa buku.
  12. Tidak mengambil berat terhadap kami, mengajar kami tidak sempurna dan hidung tinggi.
  13. Malas mengajar, tidak menerangkan apa yang ditulis.
  14. Tidak pernah berbincang dalam Penulisan.
  15. Cikgu ini banyak memberikan kerja tetapi di dalam kelas dia hanya duduk sahaja dan tidak membincangkannya, dia selalu menengking kami.
  16. Mengajar tidak bersungguh-sungguh.
  17. Selalu tidak mengajar.
  18. Lewat masuk kelas.
  19. Pelajaran agama saya lemah kerana guru lambat masuk dan lambat mengajar.
  20. Pengajarannya amat lemah.
  21. Mereka duduk macam orang malas dan tengok mereka macam malas mengajar.
  22. Mengajar orang dia sampai tidur dan dia tidak gerakkan orang yang tidur cikgu biarkan sahaja.
  23. Suka masuk lambat.
  24. Kerana ia mengajar main-main.
  25. Mementingkan diri sendiri, dan dia tidak menulis di papan hitam.
  26. Selalu membuang masa.
  27. Tidak mengambil berat tentang murid, suka menyebelahi anak sendiri dan bercakap besar.
  28. Tidak mengajar, masuk kelas bagi kerja lepas itu duduk.
  29. Selalu masuk lambat, malas mengajar, membiarkan murid buat bising.
  30. Lebih banyak memberi latihan daripada mengajar.

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DAN MEMPERKASAKAN BAHASA INGGERIS


MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUHKAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

KENYATAAN AKHBAR Y.BHG. TAN SRI DATO’ ALIMUDDIN HJ. MOHD DOM, KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) SAINS DAN MATEMATIK
BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH
students

Kenyataan akhbar ini bertujuan menerangkan dengan lebih jelas kepada masyarakat mengenai pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan mekanisme “soft landing” untuk P&P Sains dan Matematik bagi membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan. Mekanisme “soft landing” adalah seperti berikut:

(i) P&P Sains dan Matematik boleh dilaksanakan dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan sekolah menengah. Dwibahasa bermaksud penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematik di sekolah kebangsaaan dan sekolah menengah; dan penggunaan bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris bagi SJK(C) dan SJK(T).

(ii) Pelaksanaan dasar ini bermula pada tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. 
Walau bagaimanapun mekanisme “soft landing” akan memberi ruang kepada pelajar-pelajar lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P boleh dilaksanakan dalam dwibahasa. Kohort-kohort yang terlibat adalah seperti berikut:

(a)  Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.
(b)  Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.
(c)  Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2016.
(d)  Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2013.
(e)  Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.
(f)  Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.
PENTAKSIRAN

(a)  Peperiksaan UPSR bagi matepelajaran Sains dan Metematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016.

(b)  Peperiksaan PMR bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehinggan tahun 2013.
(c)  Peperiksaan SPM bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2015.
Ini bermakna penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda bagi SJK(C) dan SJK(T) bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan dilaksanakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah menengah akan terlaksana pada tahun 2016. Walau bagaimanapun pengajaran Sains dan Matematik bagi Tingkatan 6 dan Matrikulasi akan kekal dalam Bahasa Inggeris.

Jadual Pelaksanaan MBMMBI dan mekanisme “soft landing” adalah seperti yang dilampirkan.

“Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada tahun 2012 adalah satu dasar baru yang merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan dasar pendidikan di negara kita.
Kementerian Pelajaran sedang melakukan persiapan untuk melaksanakan dasar ini dengan sebaik mungkin tanpa menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar yang akan terlibat dalam proses transisi pada tahun 2012 nanti. 
Satu pendekatan soft-landing akan diambil untuk memastikan pencapaian pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di bawah dasar PPSMI tidak akan terjejas.

Pihak Kementerian juga telah membentuk enam Jawatankuasa Kecil sebagai persiapan untuk melaksanakan dasar baru ini. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memperincikan aspek latihan guru, kurikulum, penyediaan buku teks, lojistik, personel dan penerangan. Melalui kefahaman, sokongan dan usaha berterusan seluruh warga pendidik dalam menjayakan dasar baru ini, kita akan dapat mencapai matlamat menambahbaik kualiti pendidikan di negara kita secara berterusan demi kepentingan masa depan negara.

Rasional

• Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut.

• Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar telah mantap bagi semua mata pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an.

•  Kebanyakkan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu.

Pelaksanaan

• Bermula dengan Tahun Satu, Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat. Pada masa yang sama Bahasa Cina digunakan di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT

•  Perubahan tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi

•  Perubahan sepenuhnya mengambil masa selama 3 tahun

•  Bermula pada tahun 2012

•  Peperiksaan SPM Sains dan Matematik dalam dwi bahasa sehingga 2015

Strategi Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

• Menyediakan guru BI yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru dari luar negara dan IPTS selain daripada pengambilan melalui IPGM dan IPTA

• Menyediakan guru BI di luar norma iaitu 2 orang guru bagi setiap kelas berenrolmen tinggi (contoh: melebihi 35 murid)

• Menyediakan bahan bacaan Bahasa Inggeris

•  Memperkenalkan language arts dalam P&P Bahasa Inggeris
Strategi Memartabatkan Bahasa Malaysia

• P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di Tingkatan Satu hingga Lima di SMK dan SK manakala, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT

• Menambah waktu P&P Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT

• Menggunakan ICT dalam P&P Bahasa Malaysia

• Menyediakan bahan bacaan Bahasa Malaysia

• Memperkenalkan seni bahasa dalam P&P Bahasa Inggeris

Dasar MBMMBI Murid Tahun Satu Mulai 2011
Kerajaan sedang meneliti kemungkinan untuk melaksanakan dasar baru iaitu memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuh bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid tahap satu mulai tahun 2011. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, murid tahun satu yang baru memasuki persekolahan tidak terlibat dengan dasar lama.
Tambah beliau lagi, perkara ini bergantung kepada beberapa faktor antaranya bilangan guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku teks untuk mata pelajaran sains dan matematik sekiranya ia dapat disiapkan pada akhir tahun 2010, kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.
Menurut beliau, pelaksanaan dasar MBMMBI bagi murid tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat pula akan bermula pada tahun 2012.
Langkah itu, katanya, adalah untuk membolehkan Kementerian Pelajaran membuat persiapan rapi dengan mengambil kira semua keperluan pengajaran dan pembelajaran disediakan secara teratur.
Sementara itu, Muhyiddin yang juga menteri pelajaran menegaskan, kerajaan komited tidak akan kembali kepada dasar pengajaran dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana dasar baru iaitu MBMMBI adalah selaras dengan keperluan negara untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Sumber : Kosmo online 21 oktober 2009

MBMMBI Mampu Bela Pelajar Tercicir
Keputusan kerajaan untuk mengkaji mempercepatkan pelaksanaan dasar baru memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid Tahun Satu mulai 2011, berbanding cadangan asal pada 2012 mampu membela nasib pelajar sekolah rendah yang sebelum ini keciciran berikutan subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris.
Penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Profesor Datuk Dr Zainal Kling, berkata pelaksanaan dasar baru yang menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) itu tidak boleh dilengahkan lebih lama kerana sejak PPSMI diperkenalkan enam tahun lalu, ia memberi kesan negatif kepada pelajar sekolah rendah terutama di luar bandar.

Akhbar melaporkan keputusan kerajaan mengkaji mempercepatkan pelaksanaan MBMMBI bagi murid Tahun Satu mulai 2011, berbanding cadangan asal pada 2012.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran bagaimanapun berkata, pelaksanaan lebih awal itu bergantung kepada beberapa faktor termasuk bilangan guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku teks untuk Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris yang perlu disiapkan akhir tahun depan.

Zainal berkata, pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu tidak memberi banyak masalah kerana ia pernah dilaksanakan sebelum PPSMI diperkenalkan.

Sementara itu, Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, berkata keputusan kerajaan itu selaras dengan kehendak pertubuhan itu yang mahu pelaksanaan dasar itu dipercepatkan.

Mereka juga ingin menggesa kerajaan supaya dasar itu dilanjutkan pula di peringkat institusi pengajian tinggi selain tidak mengabaikan usaha untuk memperkasakan bahasa Inggeris. Selain itu, ucapan pemimpin negara dan papan tanda juga perlu menggunakan bahasa Melayu.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPPSMI (GMP), Datuk Dr Hassan Ahmad turut menyokong dasar baru itu berharap bahasa Melayu akan dijadikan teras utama dalam pembinaan gagasan 1Malaysia.

Sumber : Berita Harian

Wednesday 19 October 2011

Bahasa Kiasan (i) : contoh dan fungsi



Sumber : Gurukah aku.... NORBI HUSSIN
Bahasa kiasan ialah jenis bahasa yang menghuraikan sesuatu dengan cara mengkiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebutkan bandingan secara langsung atau mengandaikan perbandingan itu.

Sebagai contoh ialah ungkapan"manisnya seperti lautan madu". Ini ialah contoh kiasan yang menyebutkan bandingan secara langsung. Dalam contoh ini sifat manis itu secara langsung dibandingkan dengan lautan madu.  Contoh-contoh lain bahasa kiasan yang menyebutkan bandingan ialah : "Matanya merah seperti sebiji saga" dan "Hatinya hancur bagai kaca terhempas ke batu".  Unsur perbandingan dapat dilihat melalui penggunaan perkataan "seperti" dan "bagai".

Contoh kedua pula ialah kiasan yang tidak menyebutkan bandingan secara langsung:Marahnya bernyala-nyala.  Bernyala-nyala biasanya digunakan untuk menyatakan keadaan api, tetapi dalam ungkapan di atas, sifat bernyala-nyala telah dipindahkan kepada keadaan marah.  Dengan kata lain, sifat marah telah dibandingkan dengan keadaan api yang bernyala-nyala.  Contoh-contoh lain bagi kiasan yang tidak menyebut bandingan : Karam dalam lautan percintaan dan Kutu embun.

REHATKAN MINDA SEBENTAR SAMBIL....


Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..
Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????
Citer 3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk…….. Benci ………
Citer 4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????
Citer 5
Seorang posmen yang datang menghantar surat .
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”
Citer 6
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala
Citer 7
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: ” Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?” “Dah tentu, ” jawab doktor. “Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki
itu dengan riang.
Citer 8
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing…
Citer 9
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa ******* sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”
Citer 10
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…

Saturday 15 October 2011

belajar membuat blog..

Hari ini.. akhirnya dengan bangganya dan sukacitanya terciptalah blog yang telah berminggu-minggu cuba dibuat. terima kasih kawan-kawan kerana membantu merealisasikan satu tugasan TMK..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...