JOM JENGUK BLOG SAYA

Wednesday 14 December 2011

Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, binatang, benda, dan tempat secara am atau umum.

1.  Benda : permaidani, tongkat, tikar, langsir, kotak, komik, biskut, roti, gelas, pinggan, piring, tempayan, botol, sangkar, selipar, kalendar


Ayat Contoh
1. Almari itu berpintu dua.
2. Kipas itu berpusing ligat.
3. Ayah membeli dua buah komputer baru.

2. Haiwan : monyet, bangau, siamang, landak, ular, serigala, singa, cacing, siput, jengking, kijang, seladang, pelanduk, tenuk


Ayat Contoh
1.  Burung itu terbang tinggi di udara.
2 . Pak Lebai membeli dua ekor lembu jantan.
3 . Leher zirafah itu panjang sekali.

3. Manusia : penghulu, pekebun, wanita, pelajar, jurubina, pensyarah, emak, adik, tukang masak, penyelia, juruwang, wartawan, pengarah, seniman, pengetua


Ayat Contoh
1.  Wanita itu paling dikehendaki oleh polis.
2. Adiknya bekerja sebagai seorang juruteknik.
3.  Ibunya jarang menjenguknya di asrama.

4. Tempat : bank, klinik, perpustakaan, asrama, hospital, plaza tol, pawagam, kafe taman bunga, pasar malam, pam minyak, pejabat, bengkel, restoran, universiti, maktab


Ayat Contoh
1. Mereka sering berkelah di pantai itu.
2. Orang ramai berkumpul di balai raya itu.
3. Kita digalakkan menyimpan wang di bank.

 A. Dalam penulisan, kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada pangkal katanya.
Contoh:
1. Encik Wong membeli sebuah kereta baru.

B.  Kata nama am hanya ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya apabila digunakan pada permulaan ayat atau memulakan ayat cakap ajuk.
Contoh:
1.  Masjid itu baru siap dibina.
2.  “Ayam jantan saya berkokok pada setiap pagi,” kata Salman.

Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, haiwan, benda dan tempat  yang tertentu atau khas


1. BENDA
        Contoh : Perodua Kelisa, Colgate, Nissan Sentra, Polo, Bata, Utusan Malaysia, Salem, Reebok, Pensonik, Guess

Contoh Ayat:
1.Encik Ali memandu kereta Proton Perdana.
2. Abang memakai seluar jean berjenama Levis.
3. Adidas  merupakan jenama aksesori sukan yang terkenal di Malaysia


2. HAIWAN
      Contoh : Sang Belang, Si Tompok, Si Comel, Sang Bedal, Bujang Senang, Raja Rimba, Putih, 


Contoh Ayat :
1. Anak kucing kesayangan adik saya bernama Si Comel.
2. Singa juga dikenali sebagai Raja Rimba.
3. pada waktu siang Si Belang tidur dengan lena sekali.



3. MANUSIA
      Contoh : Ali, Fatimah, Jasmin. Dalip Singh, Sameoon, Obama, Diana


Contoh Ayat:
1. Zaki lulus dengan cemerlang dalam ujian memandu yang didudukkinya semalam.
2. Wak Jeman berasal dari negara Indonesia.
3. Jamal jarang datang ke sekolah.


4. TEMPAT
     Contoh : Tanjung Pagar, Langkawi, Pasar Pudu, Stadium Nasional, Batu Pahat Mall, Malaysia, Johor.

Contoh Ayat :
1. Ibu saya bekerja sebagai akauntan di Bank Negara.
2. Saya dan keluarga bercuti di Langkawi selama seminggu.
3. Pahang merupakan negara yang terbesar di Semenanjung Malaysia.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...